TEMPAHAN


MOJIE HOMESTAY menyediakan kemudahan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. MOJIE HOMESTAY terletak di TAMAN KELISA RIA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.







Untuk tempahan sila hubungi Siti 019-4614889 atau Syaiful 012-4344372.







KEMUDAHAN

















  • 3 Bilik Tidur - 2 Bilik Air



  • Kipas Angin di semua bilik, ruang tamu dan ruang makan.



  • Ruang Tamu lengkap dengan televisyen dan set sofa.



  • Ruang makan lengkap dengan meja makan.



  • Kemudahan pantri - kettle dan peti ais.



  • Dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.



  • Seterika dan iron board.



  • Mesin basuh.



  • Ruang Parking yang berpagar dan selamat.











LOKASI





















  • 5.8 km dari Hospital Sultan Abdul Halim.



  • 6.6 km dari TESCO Sungai Petani dan Village Mall.



  • 2.0 km dari JPJ/ Puspakom Sungai Petani. (Jalan Ke/dari Kuala Ketil dan Baling).



  • 11.7 km dari Bandar Sungai Petani.



  • 9.0 km dari Plaza Tol Sungai Petani Utara.



  • 11.1 km dari Plaza Tol Sungai Petani Selatan.








KADAR SEWAAN





















  • Kadar sewaan semalam - RM 150.00.



  • Kadar Sewaan adalah bagi sebuah rumah.



  • Daftar Masuk - 2.00 ptg



  • Daftar Keluar - 12.00 tengahari.



  • Untuk pengesahan tempahan, booking fee akan dikenakan pada kadar 50% dari jumlah sewaan atau RM 100.00 (yang mana lebih rendah), manakala yang selebihnya dibayar semasa mengambil kunci.



  • Booking Fee tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan.




PERATURAN ASAS MOJIE HOMESTAY


1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram, atau kumpulan rakan yang sama gender.

2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.

3. Menjaga kebersihan homestay dan kawasan persekitaran .

4. Menggunakan kemudahan yang disediakan samada di homestay dengan cara berhemah.

5. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di Taman Kelisa Ria.


GOOGLE MAP

PETA

PETA

Thursday, May 5, 2011

MOJIE ARCADE

Alhamdullilah dengan izin Allah,blog MOJIE ARCADE telah berjaya disiapkan. Blog ini dibuat dengan tujuan untuk memberikan maklumat berkenaan produk yang ditawarkan di bawah label MOJIE selain dari MOJIE HOMESTAY.

Produk pertama yang dipasarkan melalui MOJIE ARCADE ialah Doter Lily ABM COLLAGEN. Semoga dengan adanya blog terbaru ini, memberi ruang untuk MOJIE terus mencari tapak dalam bidang perniagaan.

Saturday, February 12, 2011

Beware Of PRO ACME SDN BHD

Tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran bahawa umat sesama islam akan mengambil kesempatan di atas tolak ansur yang diberikan. Namun, Allah Maha Besar, sentiasa ingin memberi peringatan kepada hamba2Nya. Alhamdullilah kerugian tu tak sebanyak mana, tapi pengajaran yang diterima amat2 berharga buat MOJIE HOMESTAY. Insya Allah, dengan pengajaran yang Allah berikan ini, MOJIE HOMESTAY akan lebih berkembang lagi.

Tanggal 5hb Feb 2011, bermula la episod "hitam" dalam sejarah MOJIE HOMESTAY. Seperti biasa, tanpa prasangka, tetamu dari PROACME SDN BHD diterima masuk. Katanya, "kami tak tahu lagi nak stay berapa hari, tunggu boss bagi keputusan". Jadi dengan penuh toleransi dan percaya, MOJIE HOMESTAY hanya mengambil bayaran untuk sehari semalam sahaja. Katanya cuma sehari...tetapi berlanjutan sampai 6 hari...dan bayaran cuma dibuat utk 2 hari pertama.

Begitula manusia, penuh tipu daya. Semoga apa yang terjadi pada MOJIE HOMESTAY ini tidak terjadi pada homestay2 yang lain.