TEMPAHAN
MOJIE HOMESTAY menyediakan kemudahan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. MOJIE HOMESTAY terletak di TAMAN KELISA RIA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Untuk tempahan sila hubungi Siti 019-4614889 atau Syaiful 012-4344372.
KEMUDAHAN
- 3 Bilik Tidur - 2 Bilik Air
- Kipas Angin di semua bilik, ruang tamu dan ruang makan.
- Ruang Tamu lengkap dengan televisyen dan set sofa.
- Ruang makan lengkap dengan meja makan.
- Kemudahan pantri - kettle dan peti ais.
- Dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.
- Seterika dan iron board.
- Mesin basuh.
- Ruang Parking yang berpagar dan selamat.
LOKASI
- 5.8 km dari Hospital Sultan Abdul Halim.
- 6.6 km dari TESCO Sungai Petani dan Village Mall.
- 2.0 km dari JPJ/ Puspakom Sungai Petani. (Jalan Ke/dari Kuala Ketil dan Baling).
- 11.7 km dari Bandar Sungai Petani.
- 9.0 km dari Plaza Tol Sungai Petani Utara.
- 11.1 km dari Plaza Tol Sungai Petani Selatan.
KADAR SEWAAN
- Kadar sewaan semalam - RM 150.00.
- Kadar Sewaan adalah bagi sebuah rumah.
- Daftar Masuk - 2.00 ptg
- Daftar Keluar - 12.00 tengahari.
- Untuk pengesahan tempahan, booking fee akan dikenakan pada kadar 50% dari jumlah sewaan atau RM 100.00 (yang mana lebih rendah), manakala yang selebihnya dibayar semasa mengambil kunci.
- Booking Fee tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan.
PERATURAN ASAS MOJIE HOMESTAY
1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram, atau kumpulan rakan yang sama gender.
2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.
3. Menjaga kebersihan homestay dan kawasan persekitaran .
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan samada di homestay dengan cara berhemah.
5. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di Taman Kelisa Ria.
GOOGLE MAP
PETA
Monday, August 16, 2010
First Long Stay Customer
Alhamdullillah...syukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah...arini MOJIE HOMESTAY akan menerima "First long stay customer"...tetamu dari jabatan kerajaan ini akan berada di sini selama 2 minggu. Terima Kasih diucapkan kepada Irwan kerana telah memilih untuk tinggal di MOJIE HOMESTAY. Semoga Irwan dan kawan2 akan berasa selesa selama 2 minggu ini.
Thursday, August 12, 2010
Ulang Tahun Pertama MOJIE HOMESTAY
Pada 26hb Jun 2010 lepas, genaplah setahun MOJIE HOMESTAY beroperasi. Alhamdullilah, biar pun tempahan yang diterima tidaklah terlalu banyak, namun cukup untuk terus memberi semangat kepada kami bagi meneruskan operasinya. Terima Kasih kepada semua tetamu-tetamu kami. Semoga anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan dan sudi untuk datang lagi ke MOJIE HOMESTAY.
Subscribe to:
Posts (Atom)